Saturday, May 26, 2012

Tudung bawal putih.

Tadi keluar Clinical Library pukul 10 lebih, lalu dalam Royal Infirmary untuk balik rumah. Main entrance biasa dah tutup, so kena naik tingkat 1 keluar ikut A&E untuk keluar dari bangunan hospital.

Tiba tiba ada pakcik tua ni tegur, cakap, "Out? Out?" sambil tangan goyang sana sini bagi isyarat nak keluar.

Pakcik tu pakai jubah kelabu, pakai kopiah putih, ada janggut and misai putih. Tak tinggi sangat, tipikal Asian. Kat dahi dia ada tanda gelap. Kalau ikut stereotype kepala otak ni, orang pakai jubah, kopiah, ada janggut and ada tanda kat dahi tu mesti kuat solat. Sebab sujud lama. So maybe.

Lepas tu ajak pakcik tu ikut sekali pergi jalan keluar hospital. Bila dah sampai depan exit keluar bangunan hospital, pakcik tu senyum, excited habis jumpa jalan keluar. Dia tengok atas bawah lama lama, lepas tu buat isyarat bagus, thumbs up, sambil senyum lebar.

And dia point dekat my tudung sambil senyum and buat thumbs up lagi, as if nak cakap, it's a good thing that I'm covered up.

Terus tengok diri sendiri.

Tudung, check. Tapi tudung bawal, warna putih. And tak pakai scarf sebab rambut tak cukup kering time tu, so rambut clip loose macam tu je, and of course terkeluar sikit sikit kat muka. Bayang rambut, takpayah cakap. Confirm nampak.

Baju, well, cardigan labuh, so, checked. Tapi cardigan tak butang pun. Kat dalam pakai baby tee,  obviously agak fit. Tudung pulak selempang belakang. Sooo.....

Seluar okay kot. Khakis. Tapi baru malam ni pakai khakis tu. Kalau tak biasanya dengan jeans je, which is, again, fit.

Selipar, flip flop. Selipar jepun. Literally macm selipar tandas tu.

Galas backpack, telinga tersumbat dengan earphone, lengan cardigan sinsing sampai siku. Jalan balik dari library.




Completely incomplete.




Lepas tu nak claim tutup aurat just sebab pakai tudung?

2 comments:

Anonymous said...

Tp comel je.. Acane?

Afiqah said...

This is a good reflection for us, girls. Ramai claim tutup aurat but aurat is just not about covering your head. There's a gigantic pool of stuffs yang perlu diconsider jugak. But we'll get there, slowly. Aight?!