Sunday, September 4, 2011

Terrified.

Penatlah. Penat sangat. 

At one point happy bahagia tak ingat, the next minute down under rasa macam nak tanam diri sendiri bawah comforter tebal tebal sampai date tu lepas.

Lepas tu emo sorang sorang. Down sangat sangat. Sedih for no reasons. Semua pun rasa. Termenung, terlentang, meniarap, terduduk, semua lah. Bosan tengok siling, renung kipas lah pulak. Pening tengok kipas pusing pusing, pejam mata. Pejam mata konon konon boleh tidur lupakan semua tapi itu menipu namanya.

Malas ke penat, entah lah. 

Rasa macam dalam usaha untuk lari dari realiti. Tapi lari pun nak pergi mana? Paling jauh pun terbongkang atas katil, tidur. Tapi tidur pun realiti jugak apa. Okay lah, paling paling mimpi, tak berapa nak realiti sangat. Tapi kalau mimpi ngeri, baik masuk realiti semula. Kaaann?

Lari jauh jauh, masa gerak macam tu jugak. Sikit sikit, last last sampai jugak. Macam slow painful death, tau? Ceceh cakap macam tau pernah rasa.

Dulu tahun lepas dah rasa macam ni, so agak agak tau lah sikit sikit macamana rasa nanti. Tapi.. Entahlah. Hati cakap kuat kuat banyak banyak kali taknak dah rasa macam tu lagi. Tapi, perasaan macam tu jugak. Huru hara jugak. Sedih jugak. Tak cukup dengan hidup yang bersepah, perasaan pun bersepah jugak.






10 September, jangan nak datang laju laju sangat boleh?