It’s been only a week since I started working at the Centre, instead of the office, but I already ignored many many many important people in my life.
Part of it because of the shift work time, but mostly because I’ve been too lazy to pay my broadband bill, that I don’t have Internet connection, and I can no longer enjoy the privilege of having free Internet access like I did when I was at Level 16.
Baru seminggu dalam Customer Service, dah rasa macam3, kena macam3, semua pun macam3.
***
Situation 1: Kau ingat aku kerja sini cari suami ke apa?
“You ni kan, I yang taknak beli phone, tengok you, terus rasa nak beli. Boleh la, bagi Torch sebijik. Eh silap, dua, satu untuk I, satu untuk hantaran kita.”
“Sorry la bang, kalau setakat Torch I tak layan. I tak main lah cukup3, I main lebih. Mintak IC bang, dengan phone number.”
“Eh, dah mintak IC dengan phone number, dalam brochure takde plak cakap nak beli phone kena bagi IC.”
“Kalau semua nak letak dalam brochure, nanti Promoter nak buat apa, takde la pulak I kerja kat sini.”
Situasi 2: Saya respect anak Auntie belajar kat UK, tapi kawan3 saya pun ramai kat sana.
AuntieStylo1: “Dah ada boyfriend belum ni? Kalau takde Auntie boleh carikan.”
AuntieStylo2: “Haah, anak Auntie ni handsome tau, belajar kat Southampton, buat Engineering.”
“Alah, belajar lagi ke? Saya kalau boleh nak yang monthly income agak3 saya boleh berhenti kerja.”
Situasi 3: Setahu saya Telco hijau biru takde modeling service.
“Eh, anak I suka tengok you, amik gambar sket.” (sambil angkat Curve yang baru beli kat kaunter nak amek gambar)
Situasi 4: I appreciate you cakap I pandai buat marketing, tapi I memang kena sambung belajar.
“Bella, ni business card I, kalau you rasa nak buat RM3k per week, call I. Training semua kita bagi, don’t worry.”
***
Entah lah. Kalau orang yang dah lama dalam Customer Service, semua ni tak pandang sebelah mata pun. Tapi honestly speaking, I tak pernah kerja. I diajar untuk belajar all this time. Yelah, habis sekolah rendah, masuk sekolah asrama, lepas tu tukar sekolah yang ada nama sikit time Form 4, lepas SPM, masuk kolej, dapat scholar. Kalau kerja pun time lepas SPM dulu, itu pun dengan family punya business, mana nak berkembang. Sekali lepas IB kerja Telco biru hijau, dengan EPF SOCSO segala, excited.
Tiga bulan kerja office, mengada3 nak turun bawah, jadi Promoter. Huyoh, memang mengada3 habis lah. Baru seminggu rasa macam dah semput. Mana tak nya, sikit3 kena marah. Kalau tak dengan staff lain, dengan customer. Through phone siap. Yelah, I kan budak baru, itu taktau, ini taktau. Lambat sikit, marah lah.
Tapi an, serious, rasa macam, WAAAHHH SO INI LAH DUNIA LUAR EK? Selama ni kawan dengan orang3 pandai, dak3 overseas, boleh kira dengan jari berapa kawan yang habis SPM terus kerja. Full time, siap.
Bella ni pulak jenis yang tak share kalau tak kenal, so bila staff lain tanya background, cakap je la ada Diploma, and sekarang tengah cuti sebelum sambung belajar. Dorang tanya belajar mana, harapan la nak jawab, sampai dorang assume Bella ni some college drop-out yang malas belajar, so kerja dulu sebelum gain momentum belajar balik.
I tak kisah. Kalau dorang nak cakap I stop sampai SPM pun so what? Ini bukan dunia I, it’s their world. I’m trying to fit in. I tak pernah cakap pasal my future plan. Buat apa kecoh3 kau nak blah September ni?
But again, honestly, walaupun rasa memang lonely gila lepas kawan3 semua fly last year, I rasa I banyak belajar lepas TOK case ni. Kalau dulu mindset I semua pasal belajar belajar belajar sampai grad, sekarang ni I sedar yang tak semua orang macam I, ada privilege financially, academically, semua lah, untuk belajar.
And kalau korang rasa kerja ni lagi seronok dari belajar sebab dapat duit, silap besar la bro. Dulu belajar under scholar, dapat duit jugak apa? Sekarang kerja, shift entah apa3, silap haribulan pukul 11 baru sampai rumah, kena maki dengan customer, gaji masuk half je, segala lah. Lepas tu ingat pergi kerja boleh terbang apa? LRT dengan rumah one way RM2++, so pergi balik dah RM4++, belum masuk cab lagi. Tolak duit makan, top up, gaji pulak bukan nett, ada EPF SOCSO segala, berapa sen sangat lah sebulan yang tinggal.
Ni baru sikit, rumah Ayah bagi, bill air elektrik Ayah bayar , duit dapur kadang3 dapat lah jugak, status pun single, takde tanggungjawab segala, tapi duit dah rasa macam desperate. Nafsu duniawi melimpah ruah takyah cakap, pantang tengok itu ini, semua nak.
Entah lah, kadang3 rasa macam, apa lah yang I buat kat KL ni. Baik ikut Umi balik Terengganu, at least duduk dengan family, Umi masak. Takpayah gelabah3 fikir balik rumah nak makan apa. Tak pun cabut ikut Ayah kat Miri, boleh tengok tempat orang.
KN cakap, sebelum fly, baik duduk dengan family, spend time dengan dorang, nanti dah fly, menangis3 kau nak balik.
Betul ke? Kena hantar surat resign lah macam ni.
Tak pernah dapat 'Unsuccessful' banyak gila camni, tapi sebab ada satu 'Unconditional', syukurrrr. *mata berkaca3*
Dah nama lagi Random Title, sebarang ketidaksemena3an tajuk dengan kandungan entry amat tidak dikesali.
3 comments:
ko masuk uni mane?
ehm assalamualaikum.. lol
who's striving hard next sem to come back during summer to HANGOUT with you guyss!!!
argh!. :)
Post a Comment