Tuesday, November 23, 2010

Silly Lily.

Ceh orang sibuk3 cakap pasal Lily Batrisya walhal Bella takde pun Facebook, tapi nak sibuk gak. Sengal gila.

Okay serius takde masa nak bukak balik FB walaupun cam kena jugak suruh oleh orang sekeliling sebab manusia ni memang dah melampau macam attention whore segala cari pasal dengan kawan3 saya. Hey semangat kecintaan ke-KMB-an saya sangat hebat okay. GRRRR.

I wonder if after this she would go around hunting KMBians' blogs and bitching around some more. Perhaps even create her own blog to bitch more about her bitchiness.

Bukan masalah saya. Mari abaikan.

So Bandung trip was AWESOME. But that shall be put into words later. Banyak sangat nak cakap, sampai tak tercakap. (walhal memang takde ape nak cakap pun sebab shopping je takhabis3, so cakap shopping je lah apa lagi)

One thing I knew before I took off on Sunday morning, was that I was leaving while many of my friends needed me the most. Yang itu baru dapat Skype lepas bertahun3 (exaggerate, standard perempuan lah) try, tapi tak dapat. Yang ini nak bercerita, tapi masing3 occupied dengan Skype partner, bila dua3 dah free, kena rush pergi KLIA pulak. Yang itu nak Skype memang takyah cakap lah, kalau boleh 24 jam nak tengok muka dia, dah la lama gila tak date. Yang itu baru dapat Skype lepas try call phone asyik missed call je, lepas tu message takde satu pun yang sampai.Yang ini pulak, dah elok3 kat Bandung, tiba3 terbaca Surat Untuk Mama kiriman elektronik beliau. Terus gelabah. Risau. Serius tak tipu.

Surat terbuka untuk kamu yang di situ.

.....

Speechless kejap sebab cam try very hard to get my words out. In MALAY. And by that, I mean, skema penuh bernuansa bergaya dengan lengkap bertatabahasa okay.

Tak3. Itu kerja kamu. Kamu yang hebat dengan kata3 bagai Fynn Jamal gitu.

Aku cakap camni je.

Aku sayang kamu. (pergh intro macam dah menggigil weh) Aku tau kamu sakit kat sana. Aku tau hidup tak mudah kat sana. Aku tau jugak kamu bukan senang nak cerita ceriti bagitau apa yang kamu rasa kat sana. Kalau kamu online Skype pun, mesti merah. Enam belas kali gak ah aku fikir, nak kacau ke tak. Sekali bila kacau, amik ha, memang merah betul. tengah study. Kamu dan buku. Rindu kan zaman dulu3 bila kita sibuk berguling bergolek dengan Jodi Picoult tukar3 buku library guna kad entah siapa3? (alamak lari topik plak) Tapi yang aku paling tau, aku tak selalu ada untuk kamu. Macam terbalik, walhal kamu yang patut busy, ni tak. Aku yang mengada3 lebih. Lepas tu kalau kamu ada, aku ada, dalam satu ruang Encik Skype yang sama, kadang3 kita takde sekali. Faham tak faham tak? Kamu online, aku online, aku tegur, kamu takde, tinggal Skype macam tu je. Lepas tu kamu reply, aku pulak dah tidur laptop tak shutdown internet tak disconnect. Skype pun online lah, walhal aku dah mimpi entah sampai mana3. Tapi mungkin kamu tak tau yang aku serius risau gila bila aku tau kamu sedih. Takpayah tunggu kamu cerita, aku tau sendiri. Eceh psychic lah pulak. Walhal baca blog sudah. And recently, paling aku marah bila kamu cakap apa yang diorang buat. Aku tak tau in details, tapi aku rasa aku macam boleh nampak la sikit3. Aku marah. Nak kata sedih, boleh la. Tapi lagi banyak marah. Apa hak diorang buat camtu kat kamu? (okay aku plak emo) Tsskkkk3. Serius, aku cam tak reti nak cakap banyak nak3 bila aku sendiri tak tau apa sebenarnya yang jadi, tapi aku harap sangat kamu boleh let go. Open up. Hidup ni memang tak mudah, tapi sekurang3nya kita tahu ada lagi orang yang sanggup mendengar, bukan sebab tanggungjawab, tapi sebab diorang sendiri yang nak. Dan aku nak kamu tahu, aku nak jadi orang itu untuk kamu.

Kamu yang di situ,

Kamu faham kan?