Saturday, April 25, 2015

Oh and gee.

Sebenarnya, bosan gila weh buat workbook. And sebenarnya baru perasan things related to O&G (that's obstetrics and gynaecology not oil and gas you engineer people) mostly warna pink. Like purplish pink, keperempuanan gitu.

How stereotype.

And sebenarnya semalam tak pegi sekolah sebab tak ready nak jumpa perempuan mengandung, nak beranak, keguguran, dan yang sewaktu dengannya lepas trauma tengok darah PV (per vagina) sorang pesakit hari Khamis lepas. Dia miscarry at 12 weeks, pada hari yang sama dia sepatutnya datang untuk dating scan.

Tengah bersiap nak pergi hospital untuk scan, tiba tiba sakit perut and keluar darah banyak.

Instead of pergi hospital nak tengok baby, pergi hospital untuk keluarkan miscarried baby dalam perut. Sedih.

Lagi sedih bila product of conception (in a very crude lay term, the miscarried 'baby') was a result of molar pregnancy. In another very crude lay term, boleh jadi cancer. Boleh jadi. Orang kita ni kadang kadang semua nak kanser je. So boleh jadi, ada possibility. Belum tentu lagi. Nurse cakap patient tak boleh get pregnant for another 6 months.

Sedih lagi bila husband patient tu is acually a paediatric cardiologist. At the same hospital. So patient tau/faham dengan apa yang berlaku, sefaham fahamnya.

Baru sehari pergi ward, sedih.

Then semalam satu hari berkurung kat rumah buat workbook pasal pregnancy and delivery. They put it as if pregnancy is a disease. Pregnancy is hard work. Babies are hard work. Mad respect untuk perempuan mak mak di luar sana. 

Atau mungkin dah banyak sangat bergelumang dengan cold hard facts kot. Perasaan mak sayang anak tu, Allah je tau.

Go thank your mom. Now.

1 comment:

Leng Chai said...

the ugly and beautiful exist together.