Friday, November 11, 2011

I am so Desperately Awful at Maths, Not Exactly Decrepit. DAMNED.

11/11/11



Situasi 1

XY: Bella, kau kenal Senior A?
XX: Tak.
XY: Senior P and Q? Kembar tu. Dorang famous kot.
XX: Tak.
XY: Oh tak pun Senior M, dia pandai gila main bola. Star dowh.
XX: Tak.
XY: Habis tu sape je yang kau kenal kat Leicester ni Bella?
XX: Aku takde hal dengan orang, so aku pun tak make effort nak kenal orang.
XY: Tapi kau kenal la senior3 perempuan?
XX: Kenal je. Perempuan. Takkan tak kenal kot.
XY: Tapi senior senior tadi kenal kau kot.
XX: So? Biar la dorang kenal aku. Kita first year kot of course la senang nak detect. Dah la batch kita je fresher tahun ni. DUHH.
XY: Tapi salah ke kalau orang nak kenal kau? And kau kenal orang?
XX: Tak salah. Cuma aku memang takde hal dengan dorang so buat apa gelabah nak kenal.
XY: .. *muka tak puas hati gila*
XX: FINE LA. Aku tau kita kat Leicester ni berapa sen je Malaysian. Aku tau aku tak cukup effort nak kenal orang. Ugh. Yela yela nanti aku kenal la dorang.

Entah bila nak kenal dorang pun tak tau.





Situasi 2

XX: Kau kenal N? (tunjuk Facebook friend request)
XY: Kenal, batch aku. Tapi takde lah rapat sangat. Dia add kau ke?
XX: Haah. Tengok lah nanti accept ke tak. Nanti lah.
XY: Sama KMB kot? Perlu ke bagi masa nak accept ke tak? Accept je la.
XX: Aku tak kenal dorang kot. Perlu ke accept?
XY: So kau memang tak pernah accept request junior yang kau tak kenal la?
XX: Tak jugak. Ramai je aku accept. Agak agak rasa nak accept, aku accept la. Ikut mood. Takde selection bias ke apa.
XY: BELLAAA?? *muka tak puas hati lagi*
XX: Okay fine. Kalau aku add senior pun aku harap dorang accept aku so nanti lah aku accept dorang.

And sampai sekarang tak accept accept lagi.




"dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana. " 
Al-Anfal, 8:63


“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” 
Riwayat Bukhari dan Muslim

 Let's Discover Leicester, October 9, 2011
University of Leicester

2 comments:

Leng Chai said...

lol what's up with the xy?
none of his business at all. i'm finding hes the weird one in this situation.

i-firman said...

Forever alone.