Thursday, November 3, 2011

Define your own happiness.


Rasa terpanggil untuk cakap pasal something that me myself sampai sekarang tak boleh nak define.



Bahagia.


Sebab lately rasa macam sangat bahagia. Complete. Rasa bersyukur sangat. Many beautiful things happened.

Tapi.

Atas siapa kita letak kebahagiaan tu?

Why exactly do I feel this way?

Tadi on the way balik dari kelas, cakap dengan Intan, how do define happiness. In fact dah banyak kali pun Intan cakap, define your own happiness. And Ayah selalu bagitau, you are what you choose to be. You can be sad over something, or learn the lesson from it.

Tapi boleh ke choose not to be sad?

Macam tak je.

If so, can we choose to be happy over the sadness?

I guess that's much easier than denying the sadness. Kot.

Atas siapa kita sandarkan kebahagiaan kita? Kebergantungan kita?

Mungkin ada yang define happiness over having good grades and stuff, tapi kalau sekali result tak macam yang kita expect, is it the end of the world?
Atau mungkin ada yang define happiness by being rich, banyak duit kaya raya segala, tapi kalau memang spending habit macam anak raja all this while, is it even happiness?

Entah.

Worse, kalau letak kebahagiaan atas manusia.

"People are people and sometimes it doesn't work out." Breathe, Taylor Swift 

What if they let us down? Kita bukan boleh control pun apa yang diorang buat. What if they let us down because of what we did? Then who do we point to?

Susah sangat ke nak bahagia ni?

(okay baru perasan banyak sangat tanda soal dari tadi lagi)

Bahagia ialah balik dari kelas separuh hari boleh solat Zuhur kat rumah and tertidur sambil tunggu Asar. Tak jugak, the peak of bahagia in that sense ialah lepas je bagi salam kedua. Tarik nafas panjang panjang and terus, sigh. Alhamdulillah, selesai satu benda. Nak nak dekat dekat winter ni Asar masuk awal pukul 2 belum apa apa lagi dah Asar.

Tapi lepas tu terfikir, alamak, nak lunch apa harini. Oh, petang ni nak pergi tolong orang masak kat rumah dia. Eh rambut dah dua hari tak syampu kena mandi la nanti, tapi sejuk gila. Lepas tu tadi balik kelas hujan, so coat tudung semua yang kena hujan tadi kena sidai pulak, penuh la bilik nanti. Paling best, sekarang dah menguap mulut besar gila katil pulak mega inviting, alahai. Kalau tidur karang semua benda tak jadi.

Bahagia lepas solat Zuhur tadi terus lupa entah ke mana.

Alahai Bella, pendeknya fikir pasal bahagia. Cubalah pandang jauh sikit. Ini tak. Analogi bahagia sama dengan duduk atas sejadah lepas Zuhur pakai telekung tunggu Asar.

Sambil tengok awan gerak laju laju kat luar through tingkap.

Atau.

Mungkin kebahagiaan itu ialah bersyukur dengan apa yang ada.

Dan apa yang ada itu termasuklah saat ini, nafas ini, waktu ini, detik ini, dan semua segala yang ada di dalamnya.

Dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain, sambil saling mengingatkan sesama sendiri, kebahagiaan yang mutlak itu datang dari Allah.




This could be salah satu faktor bahagia, mungkin?

1 comment:

Hidayatullah said...

tu katil ko ke? pergh.. itu mmg totally happiness ar.. ha3

slamat ari rye aidiladha..


btw, traffic blog ak ckp.. link dr blog ko yg byk masuk blog ak.. ha3