Pages.

Monday, June 13, 2011

For once, it feels right to be judgmental. Here.

Rasanya since bukak balik Facebook ni, makin banyak benda negatif dalam kepala.

Serius.

I don't usually judge people. But looking at the citizens of Facebook, it's very hard for me not to go EIYEWW, or FINEEEEE, or WADDDEEE..??



1. Status whores
Semua pun nak update lat Facebook. Aku lah baru lepas break. Aku lah perempuan yang dicurangkan. Aku lah penyokong tegar pasukan bola sepak itu walaupun dah kalah. Aku lah yang lapar mengidam nak makan Secret Recipe malam3 buta. Ye, semua pun aku. Perlu ke? Lagi3 yang status updates pasal benda sama. Each and every single thing. Mula3, "Off to Sungei Wang". Then comes "Nak berdarah hidung tengok baju banyak3". Lepas tu "Got myself 2 pairs of shoes, 3 dresses and a pair of sore feet". And then "Menyesal tak beli jeans tadi, kan dah terbayang".

Perlukah semua itu? Lagi kesian bila takde orang komen lepas tu Like sendiri. Ugh. Pathetic sungguh. Ataupun bila ada sorang Like, terus dia Like jugak and komen "Awak Like eh? Hehe". Dan kawan yang Like tu takde pulak nak reply. Sungguh. Menyedihkan.

2. Check-in bitches
Semua pun nak check-in. Hatta kat Pasar Borong Selayang. I thought the major check-in purpose is to find someone nearby. Tapi kalau dah Pasar Borong Selayang tu, siapa nak sibuk3 bukak Blackberry check tengok Kak Limah beli ikan apa, Senah masak lauk apa malam ni? Adoi.

3. Likers / Commenters
Semua pun nak comment. Senah check-in dekat Pasar Borong Selayang, Kiah Like dan komen "Beli ikan Kak Senah?" Tak pun lagi sadis bila Kiah komen "Akak buat apa kat pasar tu?" Redundancy. Peramahnya rakyat Malaysia, kan?

4. Self-portrait Camwhores
Semua pun gambar sendiri. Sorang3, muka sama, pose sama, cuma mungkin senget sedikit 20 darjah melawan putaran jam. Caption lagi takboleh blah. Gambar 1st - "Posing sikit". Gambar 2nd - "Posing lain pulak". Hoi hoi. Caption tu patut bunyik "Posing sikit 20 darjah ke kiri berbanding gambar 1st tadi".

No I don't have problems with single pictures, meaning gambar profile owner banyak3, tapi kalau dah semua pun self-taken, and pose sama baju semua sama, apa yang you nak cuba sampaikan? Background lagi lah, tak nampak terus. Paling menyampah bila gambar serius taken at best, lepas tu caption "Muka berminyak selekeh gila huhu." Padahal tunggu je orang komen "Eh mana ada selekeh, comel sangat." Nak tunggu orang puji ke apa?

5. Irrational Emotional
Semua pun nak emo je. Status, komen, semua lah. Aku lah exam susah rasa macam nak terjun bangunan. Aku lah sedih encik boyfriend busy kerja tak sempat nak layan. Aku lah cinta yang dirijek lantaran orang ketiga. Negatif gila. Kalau orang yang tengah seronok3 happy pun boleh jadi down sebab status macam tu. Ingat orang kisah sangat ke? Lepas tu kalau asyik nak complain sana complain sini, sampai bila nak belajar bersyukur?



Kalau baca balik perenggan merenggan kat atas ni, rasa macam diri sendiri pun emo jugak, commenters jugak, sebab Facebook orang, suka hati dorang lah. I tak kisah, I don't have problems with them. Takpe aku baca jugak status kau yang bersepah3 tu, ikut jugak lah perkembangan shopping kau tu, usha jugak lah gambar3 yang takdifahami kau tu. Kalau tak, camne nak tau semua ni kan?

And Bella pun meraban jugak kat Facebook. Nak3 lepas In mutual love ni, memang lovey dovey betul lah. For me it's very natural, that's who we are, what we do in real life, not just Facebook. (okay boleh risau kitorang tak straight) Tapi entahlah. I don't expect people to like things I write. After all they're very personal. Kalau kira balik, yang memang regular customer Bella kat Facebook berapa kerat sangat. Ada dalam 5 orang. And I don't do random liking commenting whatever. Tak reti lah.

Tapi Facebook masing3, style masing3. Semua pun ada cara sendiri untuk meng-expresskan diri kat Facebook kan. Takpayah nak gelabah sibuk3 pasal orang sangat lah Bella.

Well you can say I'm judgmental. But once that crosses your mind, bear that you are actually being judgmental towards me as well.

3 comments:

Afif Kony said...

masyaallah, tutup balik facebook lah mcm ni

Bella said...

Bella likes this.

Leng Chai said...

ahahaha tu la gunenye facebook...