Wednesday, February 3, 2016

Yang baru kahwin tiga tahun setengah.

Baru baru ni bersembang dengan kawan di Malaysia, nak kahwin akhir tahun ini katanya. Alhamdulillah, suka saya mendengar, maklumlah sudah banyak cabaran yang dia hadapi, baik dalam kehidupan mahupun kisah hati (isu mahu berkahwin). Sempat juga dia minta tips berkahwin memandangkan usia rumahtangga kami sudah lebih tiga tahun.

Kami (saya dan Adam) berkahwin pada usia yang sangat muda - 22 tahun. Masa tu isu kahwin awal masih belum dibincangkan, malahan tidak wujud pun cerita kahwin dalam kalangan kami. Kawan-kawan kolej semua tidak menjangkakan bahawa kami akan nikah begitu awal. Jujurnya kami juga tidak ada perancangan awal langsung, cuma ye lah, Allah sebaik-baik perancang. Masa tu saya tak ada instagram, facebook pun boring2 saja. Dan disebabkan hashtag tilljannah, relationship goals dan yang sebagainya masih belum wujud, kami tak ada expectation tentang majlis perkahwinan kami. Marilah ambil yang wajib iaitu nikah semata. Wang hantaran, dulang ada berapa memang langsung takterfikir. Bridesmaids apatah lagi, lagipun masa tu saya bukannya ramai kawan perempuan pun, haha.

Kami decide untuk bernikah pun hanyalah bermula sebulan sebelum. To be more exact, selepas result peperiksaan semester 2 saya dikeluarkan. Masa tu kami dua-dua macam, "yes, it's a sign, boleh kahwin dah." Haha, yakin sungguh. Jujurnya tak sempat nak risau pun baju warna apa, orang ramai nak cakap apa, betul ke kami memang nak kahwin ni, saya ni takreti masak langsung dah tu nanti nak makan apa, memang tak sempat. Semuanya berlaku sangat pantas. Keluarga Adam datang ke Sarawak (masa tu parents saya tinggal di Sarawak, walaupun kami ada rumah di Kuala Lumpur), dan seterusnya kami uruskan hal-hal perkahwinan sendiri.

Masih ingat lagi kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman mencari baju kahwin. Prinsipnya cuma satu, anything that fits me will do. Sebab saya agak kecil, nak cari saiz memang susah, nak nak baju siap. Makanya bila kami jumpa kebaya warna cream tu, terus kami decide, we'll get married in cream. Dan kemudian cari baju melayu Adam.

Kamilah yang kehulu kehilir mencari imam di Masjid Taman Melati, minta tarikh yang sesuai memandangkan kami akan bernikah di masjid, bulan puasa pula tu! Tarikh yang ada hanyalah dalam bulan puasa sebab abang saya akan bertunang lepas raya, dan lebih kurang seminggu lepas raya kami kena balik dah. Tak sempat tunggu lepas raya pun. Ye, kahwin bulan puasa memang buat ramai orang angkat kening, tapi imam masjid tu relax je cakap, Islam tak pernah larang kahwin dalam bulan puasa, cuma kena kuat iman lah, haha! Lawak pun ada, memandangkan kami sangat muda, masih belajar, tiba-tiba nak kahwin. Bajet guna duit sendiri pula tu, yakin sangat! Adam je lah guna duit sendiri, saya masih menumpang kasih ayah ummi :D

Alhamdulillah, semua selesai. Rasanya bajet keseluruhan tak sampai 3k untuk nikah dan sedikit makan-makan buka puasa di masjid. Sebenarnya dalam bajet tu cincin kahwin saja agak mahal lah, lepas tu saya hilangkan di Iceland pula, adoi. Tapi Alhamdulillah, kami bahagia. Tenang. Walaupun sampai sekarang kami selalu terfikir, perlu ke buat reception sebab dah 3 tahun lebih kahwin. Mungkin patut buat aqiqah je nanti, hehe.

Pesan saya pada kawan yang ingin berkahwin tu, pertama sekali betulkan niat. Wait sebenarnya pertama-tama sekali ialah restu mak ayah - ini sangat penting! Kalau mak ayah tak bagi kahwin lagi maka hold dulu, pujuk lagi dan lagi, bentangkan hujah lagi dan lagi. Terutamanya kalau nak kahwin muda. Saya kurang bersetuju kalau berkeras mahu kahwin awal tapi restu ibu bapa ke laut. Sebab keberkatan itu datang dari redha mak ayah. Alhamdulillah parents kami one of a kind, even Ayah bila first time bagitau nak kahwin tu, reaksi dia "Awak dah bagitau MARA ke belum? MARA cakap apa?". Tak sentimental langsung -_-" Anyway point dia, mak ayah datang dulu. Tau.

Seterusnya ialah, niat. Well niat dan restu mak ayah ni sebenarnya seiring sejalan. Betulkan niat. Tanya diri betul2, kenapa nak kahwin. Takperlu pun niat terang2 nak kahwin sebab ini itu nawaitu segala. Cukup apa yang kita rasa jauh di dasar hati. Benda ni memang ada, percayalah. Jenguk dalam hati, tanya betul2 diri sendiri, kenapa. Dulu sebelum berkahwin saya takpernah terfikir tentang niat. Yang saya tahu cuma nak kahwin dengan Adam, haha. Tapi bila saya tengok buku nota kelas2 agama, atau refleksi diri yang saya scribble, banyak yang saya tulis tentang betapa hubungan kami (couple) ini salah. It doesn't feel right anymore. Saya bangun solat malam minta doa berguni2, tapi secara dasarnya saya dalam hubungan yang haram. Sudah lah kami dua2 di overseas, walaupun tinggal berjauhan, masih tetap berhubung. Jadi bila saya reflect balik kenapa saya sangat mahu berkahwin masa tu, ialah kerana saya mahu redha Allah. Saya mahukan ketenangan berdoa pada-Nya tanpa rasa bersalah menanggung beban hati mencintai lelaki yang bukan muhrim ini (ha, gittew). Ummi saya juga pernah berpesan, jangan niat nak kahwin sebab nak elak maksiat, sebab akhirnya itu sajalah yang akan dapat - elak maksiat. Kahwin bukan sekadar untuk elak maksiat, kahwin ni untuk selamanya inshaAllah, maka betulkan niat, apa yang kita nak untuk selamanya. Deep sikit.

Yang ketiga saya pesan, ingatkan diri tentang kebergantungan sebenar kita pada siapa. Saya pernah jumpa seseorang yang memang mahu kahwin kerana merasakan hidupnya tak gembira, tak cukup katanya. Berkali-kali saya pesan, jangan niat mahu kahwin untuk bahagiakan diri semata, nak-nak di awal perkahwinan. You don't get married to feel complete, you get married to complete each other. Ini juga silap saya dulu. Mula2 saya takfaham kenapa Adam macam ini macam itu, kenapa susah sangat dia nak faham apa yang saya mahukan. Saya demand macam2, ye lah, semua mahukan the perfect husband/wife kan. Apa yang saya tak sedar ialah, he is just as flawed as I am. Kebergantungan saya pada Adam sangat tinggi, expectation menggunung, sampai lah saya sedar, kebergantungan mutlak itu sesungguhnya hanya pada Allah. Ini sangat betul terutamanya kerana kami tinggal berjauhan di Belfast dan Leicester, (bayangkan Langkawi dan Kuala Lumpur), jumpa pun hanyalah sebulan sekali lebih, dalam setahun mungkin kira-kira 15 kali berjumpa, itu pun dalam 4 hari setiap kali datang melawat masing2. Kebanyakan masa saya memang bersendirian, independent, jadi kalau saya bergantung pada Adam untuk bahagia/gembira, dalam setahun tu hanya 15 kali lah saya bahagia, tak gitu? 3 tahun long-distance. Masa tu lah saya belajar bahawa kebahagiaan mutlak hanya pada Allah. Ketenangan hati hanya pada Allah. 

Being married makes me realise two main things,

1. You are in-charge of your own happiness. Should you decide to put it solely on your spouse, once your spouse makes a mistake, there goes your happiness. Should you decide to put it in The Almighty, then inshaAllah your happiness will always be yours, so long you're in the remembrance of Allah.

2. Nothing beats parents' love. Take my word -  nothing, no one. Their love is unconditional. Doesn't mean your spouse's love is inadequate or insufficient, it's just a different kind of love. It was only after I got married that I truly understand my dad's words, "We love you not the same way others do". Nanges.

ootd baju kahwin Jalan TAR, recycle untuk raya 2 tahun kemudian

03.02.2016 - Yang baru kahwin 3 tahun setengah,

4 comments:

Mmmaahhh said...

Macam karangan BM SPM je ni. hahaha so awkward reading them in Malay. But kudos. Well written gurl!! :)

Bella said...

You did not just mmahh me here, did you? Sighh

ariana arissa said...

Hai. Macam mana u minta izin mara untuk nikah ye? ..

Bella said...

Hi Ariana,

I tak inform MARA pun. Tapi since I know the Pengarah MARA personally, I just called him afterwards saying that I got married, in which he advised to fill in a form just to make it official. Tapi Adam tak buat apa2 pun, and MARA didn't say anything.