Pages.

Thursday, September 30, 2010

Half of my heart.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang bagi saya seribu satu macam perasaan setiap kali saya tengok dia, yang buat saya geram nak mati bila dia cakap saya salah tapi dia yang betul tapi saya cakap saya salah jugak sebab memang saya yang salah pun tapi tak puas hati jugak sebab dia buat saya nampak bersalah walaupun memang saya yang salah.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang bagi saya jadi diri sendiri bila dengan dia yang faham bila saya kadang3 numb buat macam semua okay takde apa3 dia bagi saya masa untuk akhirnya lepaskan apa yang saya rasa dan tak pernah judge saya walaupun dia tahu saya selalu tipu diri sendiri untuk orang lain, sebab dia tau saya bukan senang untuk open up dengan orang dan tunjuk apa yang saya rasa sebenar3nya.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang buat saya rasa macam nak penyet3 dia every time di buat muka teasing macam comel habis walaupun takde la comel sangat sebenarnya, tak, tipu, saya rasa dia comel sebab kalau dia tak comel takkan lah saya rasa macam nak penyet3 dia, walaupun dia tak suka sebab dia tak pernah rasa dia comel.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang suka buat saya menangis walhal takde sebab pun nak menangis tapi sebab saya memang suka menangis jadi saya selalu menangis, dan dia akan tanya jugak kenapa saya menangis dan tak faham kenapa saya senang sangat menangis.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang buat saya sedih gila every time saya kena tinggal dia, atau dia tinggal saya macam sekarang, sebab selama ni asyik saya yang tinggal dia,saya jadi sedih gila walaupun saya tahu dia memang akan tetap ada kat situ, saya sedih jugak sebab rasa macam takde orang lagi dah yang akan buat saya sedih macam ni lagi kalau kena tinggal.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang buat saya rasa sedar yang sebenarnya hidup ni tak mudah, nak sayang diri sendiri tak mudah, nak sayang orang apatah lagi, memang tak mudah sebab sayang saja tak cukup, sila guna akal untuk menilai perasaan yang kita rasa, mungkin kita sebenarnya ikut sangat perasaan sampai lupa apa sebenarnya yang kita nak.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang akhirnya berjaya buat saya sedar yang ego tak bawak manusia ke mana, lagi sakit hati ada lah, tak guna tipu diri sendiri bila mulut cakap lain, perasaan macam menang, walhal jauh dalam hati sedih gila nak mati sebab walaupun bunyi macam victory, kalau bukan itu kehendak hati, takde makna nya jugak.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang selalu ingatkan saya jangan mudah percaya orang, walaupun saya memang terlalu amat sangat nak percaya dia, tapi saya tak percaya jugak sebab semua orang kena simpan kepercayaan untuk diri masing3 sebab kalau kita kehilangan sesuatu yang kita percaya, sekurang3nya kita tak hilang semua, kita masih percaya diri sendiri.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang selalu pesan supaya jaga perangai, yang ingatkan saya supaya tak tinggikan suara bila saya sedih atau marah atau emo sebab tinggikan suara takkan dapatkan apa yang saya nak, dan hanya akan buat orang lain sakit hati.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang selalu buat saya fikir dan tanya soalan macam3 bila saya takde jawapan dan saya memang taknak cari jawapan pun, tapi jawapan tu perlu sebab kalau tak ada jawapan, saya takkan tau apa sebenarnya yang saya cari, sebab selama ni malas fikir kalau satu hari nanti saya dah penat bertahan nanti bila saya sedar saya tak tahu apa yang saya pertahankan, saya terus lepaskan semua sebab tak ada jawapan.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang percaya saya dengan kereta dia, walaupun saya bawak kereta macam haram, tunggang langgang gelabah masuk lane orang, parking senget, kena hon dan sekian sekian lagi lah, dan tak pernah bising atau buat isu tentang ke-noob-an saya memandu kereta membuatkan saya rasa sangat dihargai bukan sebab kereta itu, tapi sebab kepercayaan yang dia bagi walaupun kadang3 saya kesian kalau saya jadi dia mesti gelabah tengok pemandu di sebelah yang sangat berbahaya.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang buat saya sedar akan kapasiti diri sendiri dalam hidup yang tak pernah mudah ni dan buat saya sedar bahawa matahari tak keluar pagi3 sebab seseorang,bumi takkan berhenti berpusing sebab seseorang dan bulan akan tetap ada malam3 walaupun seseorang di bahagian bumi yang lain tak dapat tengok bulan yang sama.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang tunjuk erti positif yang sebenar3nya dan selalu bersangka baik kat orang lain, dan ajar saya untuk jadi kuat dan tak jatuh dengan cakap orang, sebab kalau orang tak suka apa yang saya buat, itu masalah orang, bukan masalah saya, jadi kenapa cari masalah sendiri dengan tak suka balik orang tu, sebab kalau saya tak suka orang tu hanya kerana dia tak suka saya, maknanya saya dengan orang tu sama, ada masalah.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang selalu buat saya geram sebab kadang3 saya rasa macam dikawal, walhal dia buat semua tu untuk kebaikan saya, dia taknak saya kena, jadi sebelum buat apa3 fikir dulu, macam kadang3 tak puas hati sebab dia tak bagi saya ikut pergi mana3 sebab kawan3 dia ramai, dan dia taknak saya tak senang duduk mahupun terkontang kanting taktahu nak buat apa.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang buat saya kenal diri sendiri, betapa selama ini saya terlalu pentingkan diri, dan hidup sebenarnya bukan tentang diri saya sahaja, kesedihan bukan alasan untuk saya sakitkan orang lain, dan walaupun seseorang tu tak sayang kita macam yang kita nak, tak semestinya dia tak sayang kita dengan segalanya yang dia mampu, dan paling penting, buat saya belajar untuk hargai apa yang dia dah buat, instead of asyik tak puas hati sebab dia tak buat apa yang saya nak dia buat untuk saya.

Selamat Hari Lahir kepada manusia yang ajar saya banyak perkara, walaupun kadang3 saya tak suka dan tak boleh terima, dia buat saya tengok balik erti kehidupan ni sebenarnya, walaupun saya yakin kadang3 dia tak sedar makna kehadiran dia dalam hidup saya sampai sekarang.

To my better half,



Happy 20th Birthday.